ABSTRAK
Dari semenjak Tanah Melayu dijumpai dan dikenali sebagai Semenanjung Emas, Tanah Melayu diduduki oleh orang Melayu, diperintah oleh kerajaan Melayu dan raja-raja Melayu. Bukti-bukti arkeologi, linguistik dan sejarah akan menjelmakan fakta sejarah bahawa masyarakat Melayu adalah masyarakat peribumi, telah lama wujud sejak ribuan tahun lamanya di bumi Semenanjung Malaysia ini. Selain bukti-bukti fizikal, dunia Melayu juga ditandai dengan kesedaran Melayu yang mengatasi batasbatas negara dan agama sekali gus menghujahkan bahawa orang Melayu adalah penguasa dan penduduk asal rantau ini. Walaupun British menjajah Tanah Melayu dan menukar rupa bentuk masyarakat Tanah Melayu, sejarah dan perjuangan orang Melayu tetap mempertahankan bahawa negara ini adalah negara Melayu dan penduduk asalnya adalah orang Melayu. Oleh itu tujuan kertas kerja ini adalah untuk menjelmakan bukti bahawa orang Melayu adalah penduduk asal negara ini bahkan lebih besar dari itu orang Melayu adalah penduduk asal rantau Melayu ini.
Keywords: Orang Melayu, Tanah Melayu, dunia Melayu, penduduk asal, peribumi
Download Link :
GoogleDrive : http://adf.ly/ZtJK7
4shared : http://adf.ly/ZtJPE
0 comments:
Post a Comment