Solahuddin Abdul Hamid
Mohd Nizho Abdul Rahman
Universiti Utara Malaysia
Abstrak
Mohd Nizho Abdul Rahman
Universiti Utara Malaysia
Abstrak
Penjajahan secara bersilih ganti dalam tempoh yang panjang telah menindas, menyisih serta menghapus kemampuan dan kebolehan orang-orang Melayu dalam arus pembangunan ekonomi negara. Campurtangan pemerintahan kolonial dalam sistem pemerintahan menyebabkan pembangunan ekonomi tidak berkembang berdasarkan perkiraan keadilan sosial seperti yang diharapkan. Diskriminasi yang bertahun-tahun ini menyebabkan orang Melayu mula patah semangat, hilang keyakinan diri, mengalami rasa rendah diri sehingga melahirkan perasaan bahawa mereka memang tidak mampu untuk melakukan apa yang orang lain boleh lakukan.Sesuatu hakikat yang tidak dapat dinafikan, selepas negara mencapai kemerdekaan, orang Melayu hanya memperolehi kuasa politik yang dikongsi bersama kaum-kaum lain. Malangnya, proses yang sama tidak berlaku dalam bidang ekonomi di mana selepas pelbagai dasar pembangunan dan dasar sosial diperkenalkan oleh kerajaan penyertaan mereka masih jauh ketinggalan berbanding kaum lain sehingga kini. Justeru, pembangunan semula ekonomi orang Melayu memerlukan ‘social engineering’ (perubahan terencana) dengan mengambil kira sistem budaya dan struktur sosial mereka yang bersesuaian supaya mereka tidak terus ketinggalan daripada arus perdana ketika negara mencapai negara maju.
Kata Kunci: Pemerkasaan, bangsa dan acuan sendiri.
GoogleDrive : Download
4Shared : Download
0 comments:
Post a Comment