Wednesday, 20 November 2013

Lutfan Jaes
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia


ABSTRAK

Kertas kerja ini bertitik tolak dari wacana kepimpinan. Ia kemudiannya dikembangkan kepada aspek “ketahanan nasional” dalam mengurus sebuah negara yang bercirikan masyarakat majmuk di Singapura. Ia disoroti melalui pengalaman seorang bekas pemimpin besarnya iaitu Lee Kuan Yew (LKY). Mahathir dalam Tom Plate (2012; hal 110) sinis menyatakan bahawa “orang memandang LKY sebagai intelek dan bukan sebagai ahli politik biasa, beliau sering dijemput berkongsi pandangan dalam pelbagai perkara malah ke peringkat beliau dilihat lebih besar dan penting daripada Singapura!”. LKY berjaya menggerakkan tindakan-tindakan pragmatik dengan gaya kepimpinan serta nilai berkesan demi mencapai misi dan visi yang dirancang. Pengalaman memimpin selama 60 tahun telah membawa masyarakatnya berkembang maju dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Beliau membimbing negaranya dalam keadaan Singapura terputus dengan
kawasan “pedalaman” nya (Malaysia) yang selama ini membekalkan bahan mentah. Antara yang akan dibincangkan dalam kertas kerja ini ialah daripada aspek “ketahanan nasional” yang meliputi prinsip asas kepimpinan, dasar keselamatan, dasar pendidikan dwibahasa, sistem politik dan demokrasi, konsep “peluang sama rata”, patriotisme dan pembangunan bangsa Singapura, pengurusan agama, ekonomi dan modal insan dan nilai Asia. Kertas kerja ini juga cuba melihat aspek pengurusan masyarakat majmuk di Singapura. Umumnya, masyarakat majmuk akan menghasilkan pelbagai tuntutan dan perjuangan khususnya terhadap hak dan ketuanan. Persoalan sensitif ini dilihat berjaya diuruskan LKY dan Singapura dengan gaya tersendiri. Di akhir kertas kerja ini adalah diharapkan satu pengkayaan pengetahuan baru terkait dengan “ketahanan nasional” dan pengalaman mengurus sebuah masyarakat dan negara khususnya di Asia Tenggara.

Kata Kunci : Ketahanan Nasional, Lee Kuan Yew, Kepimpinan

GoogleDrive : Download
4shared : Download

0 comments:

Post a Comment