Tuesday, 26 November 2013

Prof Madya Dr Shukri Ahmad
Pusat Pengajian Umum
UUM
Shuk494@uum.edu.my

Abstrak

Fahaman akidah ahlus Sunnah wa al-Jama’ah berdasarkan aliran Asha‘irahdan Maturiyyah menjadi pegangan yang kukuh di Alam Melayu. Walau bagaimanapun, menjelang abad ke 21, dengan perubahan zaman, pegangan ini semakin terancam dalam kalangan masyarakat Islam di Alam Melayu khususnya di Malaysia ini. Pelbagai fahaman sesat telah mengancam kedudukan pegangan ini dan yang terkini adalah fahaman lslam Liberal dan Syiah. Pada 24 Julai 2013, Kementerian Dalam Negeri telah mengisytiharkan bahawa pertubuhan Syi’ah Malaysia adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966. Fahaman Syiah semakin berkembang dalam masyarakat Islam di Malaysia. Laporan akhbar Harian Metro 26 Julai 2013, menyebutkan terdapat di antara 200, 000 hingga 300, 000 pengikut pertubuhan Syi’ah di Malaysia ketika ini dengan 65% adalah beraliran Syi’ah Imamiyah. Justeru, usaha memperkasa pegangan ahlus Sunnah wa al- Jamaah adalah suatu kemestian bagi kelangsungan pegangan akidah ini. Kertas kerja ini akan menelusuri sejarah perkembangan akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah di Alam Melayu, khususnya Malaysia, seterusnya memperincikan ciri-ciri pegangan akidah ini dan akhirnya menjelaskan ancaman serta kesannya kepada masyarakat akibat kelemahan pegangan ini.

Keywords: Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Alam Melayu, Akidah, Malaysia

Download Link :
GoogleDrive : http://adf.ly/ZtK7z

0 comments:

Post a Comment