Friday, 22 November 2013

Profesor Madya Dr Idris Md.Noor & Puan Siti Norrafidah Md.Zin,
Institut Kajian Strategik, Kepimpinan & Komuniti,

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS.

ABSTRAK


Sistem pentadbiran negara dunia terbahagi pada raja mutlak, raja berperlembagaan, republik, presidensi dan sistem satu parti. Negara-negara di Asia ini mengamalkan sistem pentadbiran yang diamalkan oleh negara kolonial, sejarah bangsa atau pengaruh sekutunya dari Barat. Malaysia dan Thailand mengamalkan kaedah Raja Berperlembagaan sesuai dengan sekutu British. Negara Indonesia dan Filipina pula mengambil kaedah urustadbir Belanda, Amerika Syarikat dan Sepanyol iaitu Presidensi. Malaysia terus mengekalkan sistem Raja Berperlembagaan di mana Seri Paduka Yang DiPertuan Agong menjadi Ketua Negara. Perdana Menteri dan kabinet sebagai badan eksekutif dipilih melalui pilihanraya di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Kertas ini memberi fokus kepada hasil tinjauan awal tahap literasi atau celik huruf pelajar universiti tempatan terhadap sistem Raja Berperlembagaan. Metodologi kutipan data ialah kajiselidik (survey) yang menggunakan instrumen soal selidik. Sejumlah 38 item dikemukakan kepada 347 responden siswa dan data yang dikutip telah dianalisis menggunakan sofwer SPSS. Umumnya, hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan tahap literasi dan penerimaan siswa terhadap institusi raja adalah tinggi. Hasil tinjauan ini boleh menjadi tanda aras kepada kepentingan kaedah Raja Berperlembagaan merentasi tempoh masa, benua negara, umur penduduk dan kepelbagaian etnik penduduk.

GoogleDrive : Download
4shared : Download

0 comments:

Post a Comment