Ahmad Azan Ridzuan; Zamri Ismail;
Mohd Juraimy Kadir ; Ungku Azly Ungku Zahar; Mohd Nor Yahya &
Nur Atiqah Jumaina
Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur
Email: azan6142@yahoo.com; zamri5219@yahoo.com;
Abstrak
Kajian ini telah dijalankan untuk mengukur hubungan antara pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan terhadap prestasi keselamatan dengan menggunakan sebanyak 152 sampel yang boleh guna dikumpul dari pekerja-pekerja di sebuah syarikat swasta. Hasil dari analisa menggunakan perisian komputer SPSS versi 16.0 mendapati tiga penemuan penting iaitu: pertama, kepimpinan keselamatan terdapat hubungan yang signifikan dengan prestasi keselamatan. Kedua, penglibatan pekerja terdapat hubungan yang signifikan dengan prestasi keselamatan. Ketiga, tekanan kerja terdapat hubungan yang signifikan yang negatif dengan prestasi keselamatan. Secara statistiknya didapati keputusan ini menunjukkan bahawa syarikat swasta tersebut telah mengamalkan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (kepimpinan keselamatan, penglibatan pekerja dan tekanan kerja) yang berkesan telah berjaya meningkat prestasi keselamatan yang dirancangkan. Selanjutnya, perbincangan, implikasi dan rumusan akan diterangkan dengan lebih lanjut di dalan kertas kerja ini.
Kata Kunci: pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, prestasi keselamatan, kepimpinan keselamatan, penglibatan pekerja, tekanan kerja
GoogleDrive : Download
4shared : Download
0 comments:
Post a Comment