Tuesday, 26 November 2013

Syahrul Faizaz Binti Abdullah2
Pusat Pengajian Umum Kolej Sastera dan Sains
Universiti Utara Malaysia
faizaz@uum.edu.my

ABSTRAK
 
 
Pembinaan negara bangsa adalah agenda utama Malaysia bagi memastikan perpaduan dalam masyarakat pelbagai etnik terpelihara. Justeru itu pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat, kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan dan swasta bagi memastikan hasrat ini tercapai. Walau bagaimanapun, dalam konteks Malaysia yang terdiri dari pelbagai etnik, agama dan budaya usaha itu melalui satu proses yang sangat panjang dan memerlukan kerjasama dari semua pihak kerajaan. Justeru itu, kertas kerja ini dilakukan untuk mengkaji sumbangan Majlis Agama Islam Selangor dalam menangani masalah hubungan etnik ke arah pembinaan negara bangsa. Kertas kerja ini memfokuskan sumbangan MAIS sebagai organisasi dakwah kerajaan yang berperanan menjaga hal ehwal Islam di Selangor menangani isu-isu berkaitan Islam. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes menggunakan data primer berdasarkan kaedah temu bual semi struktur yang melibatkan informan yang dipilih secara bertujuan. Data sekunder pula didapati melalui laporan tahunan, buku, jurnal, akhbar dan hasil kajian lepas. Data ini dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati sumbangan MAIS dalam menangani masalah hubungan etnik ke arah pembinaan negara bangsa, memfokuskan menyampaikan maklumat kepada orang bukan Islam tentang Islam. Dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kaunter penerangan Islam, kebajikan dan ziarah, penerbitan, perkaderan dakwah dan kerjasama dengan NGO.

Kata Kunci :Negara bangsa, organisasi dakwah kerajaan, isu-isu Islam, orang Islam dan orang bukan Islam

Download Link :
GoogleDrive : http://adf.ly/ZtH2i

0 comments:

Post a Comment