Sunday, 24 November 2013


Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman@Dahlan

Abstrak


Pembangunan modal insan merupakan sesuatu yang diberikan penekanan oleh dunia bagi membentuk masyarakat manusia yang boleh mendatangkan keuntungan dan kebaikan kepada negara mahupun kehidupan mereka. Malaysia juga telah mengambil langkah yang berterusan terhadap pembangunan modal insan dengan menjadikannya sebagai agenda utama negara. Malaysia merupakan negara yang bermajoritikan komuniti Islam daripada pelbagai etnik dan kaum meliputi Melayu, Cina, India dan lain lain serta Islam merupakan agama negara dan termaktub di dalam perlembagaan tertinggi. Di atas asas ini, pembangunan modal insan di Malaysia secara dasarnya perlu diterapkan dalam kalangan komuniti Islam berbilang bangsa dan etnik berteraskan ajaran Islam melalui al-Quran dan al-Sunnah. Menyelusuri perbincangan al-Quran, terdapat agenda-agenda jelas di dalam mengatur hubungan sesama masyarakat Islam yang berlatar belakangkan pelbagai bangsa dan kaum. Agenda ini adalah bertujuan untuk memperkasakan hubungan etnik yang berbeza dalam banyak aspek agar membentuk sebuah umat Islam yang kuat dan bersatu.

Kata Kunci: Modal insan, hubungan etnik, masyarakat Islam, Malaysia

Download Link
GoogleDrive : http://adf.ly/ZpFl8
4shared : http://adf.ly/ZpFoi

0 comments:

Post a Comment