Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri
Dr Hazman Hassan
Roziya Abu
Abstrak
Kepimpinan beraja merupakan salah satu sistem kepimpinan tertua di dunia . Konsep takhta,kerajaan dan Raja Pemerintah adalah jalinan hubungan rangkaian institusi dan individu. Ia melambangkan kuasa, sifat moral, perwatakan, kebertanggungjawaban dan intipati roh sesebuah institusi pentadbiran. Sistem Raja berpelembagan pula merujuk kepada perkongsian kuasa antara Raja dan Rakyat. Raja diangkat selaku sumber rujukan rakyat disamping menjadi mekanisme semak dan imbang antara cabang-cabang perundangan eksekutif dan kehakiman institusi demokrasi di dalam sesebuah negara. Realitinya, selagi rakyat menaruh kepercayaan terhadap Raja dan menghormati institusi beraja ni, pengiktirafan status sistem ini akan kekal kukuh. Namun, di era millennium ini, Institusi Raja telah banyak berubah - kesan daripada revolusi industri, perkembangan teknologi, perubahan corak dan paksi ekonomi dan pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi. Institusi beraja kini perlu membuktikan tahap pencapaian pimpinan mereka, memenuhi harapan rakyat, disamping mempamerkan perilaku dan keperibadian sejajar dengan kemuliaan dan penghormatan yang diberikan.
GoogleDrive : Download
4shared : Download
0 comments:
Post a Comment