Norhafidah Ibrahim
Norzaliza Ghazali
Melor Fauzita Md Yusoff
Jabatan Pengajian Bahasa
Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden
Universiti Utara Malaysia
Norzaliza Ghazali
Melor Fauzita Md Yusoff
Jabatan Pengajian Bahasa
Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden
Universiti Utara Malaysia
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat unsur-unsur jati diri Melayu dalam filem animasi kartun Upin Ipin Geng: Penggembaraaan Bermula. Kajian terhadap filem animasi kartun yang diterbitkan pada tahun 2009 ini menjurus kepada unsur-unsur jati diri Melayu iaitu berteraskan agama Islam, bahasa Melayu dan kebudayaan Melayu. Kartun sepertimana agen komunikasi massa yang lain tergolong dalam kumpulan penyampai budaya yang berkesan. Penciptaan kartun animasi ini dianggap sebagai sesuatu yang unik dan mempunyai nilainya tersendiri kerana mesej yang disampaikan mampu menjadi teladan, perbandingan dan pengajaran kepada masyarakat. Di Malaysia, animasi kartun Melayu yang popular dalam kalangan masyarakat yang menjadi pilihan adalah seperti Upin dan Ipin, Bola Kampung, BoboBoi dan pada satu ketika dulu Usop Sontorian dan Kluang Man. Hasil penelitian yang dilakukan terhadap filem animasi ini, jati diri Melayu merupakan sesuatu yang bernilai dan perlu dipelihara dan diperkukuhkan. Hal ini dapat dicapai apabila agama Islam, bahasa Melayu dan kebudayaan Melayu yang menjadi teras utama kepada jati diri Melayu itu dipelihara. Kesedaran betapa berharganya jati diri perlu ditanam dalam jiwa generasi muda masa kini dalam arus globalisasi yang semakin mengganas. Justeru, filem animasi ini menjadi wadah yang mampu menjana pembinaan jati diri Melayu dalam kalangan masyarakat terutamanya kanak-kanak.
Download Link :
GoogleDrive : http://adf.ly/ZtIby
4shared : http://adf.ly/ZtIgs
0 comments:
Post a Comment