Sunday, 24 November 2013


Haslinda Haji Hasan
Pusat Pengajian Umum UUM

Abstrak


Pengkajian mengenai hubungan historical Kedah-Aceh menjelaskan mengenai sesuatu komuniti itu muncul dan berkembang menurut perspektif masing-masing. Komuniti Aceh terutama di Yan, Kedah adalah paling lengkap dari segi jati diri dan identiti akar budaya asal serta memberi sumbangan dalam politik, ekonomi dan sosial termasuklah pelbagai aspek kehidupan. Hubungan yang rapat dan mesra antara orang Aceh dengan orang Melayu tempatan wujud sejak dahulu hingga sekarang kerana mereka dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup dan budaya yang hampir sama malah bersamasama berperanan dalam menyumbang kearah pembinaan negara bangsa. Sultan Kedah sendiri tidak menyekat kehadiran perantau Aceh ke Kedah malah menggalakkan mereka untuk bersama-sama mengembangkan syiar Islam dan pembangunan negeri. Sebelum merdeka juga memperlihatkan hubungan Kedah-Aceh yang saling melengkapi apabila menghadapi musuh iaitu golongan penjajah. Atas semangat jihad, mereka bersatu padu menentang segala bentuk anasir luar terutamanya orang Inggeris dan Belanda. Agama menjadi pemangkin semangat patriotik dan solidariti yang tinggi untuk mengusir golongan penjajah barat memperkukuhkan ikatan yang sedia ada. Hidup bersama tanpa prejudis dan berkongsi suka duka membawa kesejahteraan walapun latarbelakang yang berbeza namun darah Melayu menguatkan hubungan perpaduan yang sedia terjalin.

Kata kunci: historikal, Kedah, Aceh dan negara bangsa. (historycal, Kedah, Aceh, nation building)

Download Link
GoogleDrive : http://adf.ly/ZpG9w
4shared : http://adf.ly/ZpGGZ

1 comment: