Sunday, 24 November 2013



Rohani Hj. Ab Ghani2
Ismail Yusoff3
Mohd Khairie Ahmad4
Zulhilmi Paidi5
Universiti Utara Malaysia

Abstrak


Konsep 1Malaysia merupakan salah satu daripada tonggak bagi pembinaan negara bangsa Malaysia. Ia juga dilihat sebagai salah satu bentuk transformasi dari yang berbentuk bangsa pelbagai kaum kepada pembentukan 1 bangsa 1 negara iaitu bangsa Malaysia.Gagasan ini juga bertujuan untuk membentuk generasi muda Malaysia yang glokal iaitu bertaraf antarabangsa tetapi tetap berpegang kepada ciri-ciri kebangsaan.Kertas kerja ini membincangkan tentang gagasan 1Malaysia yang menjadi tonggak untuk memperkasakan usaha bagi membina bangsa yang utuh, berdaya saing dan berpegang kepada slogan 1 bangsa 1 negara iaitu bangsa Malaysia.Tumpuan kertas kerja juga ialah mengenai pemahaman dan penerimaan gagasan 1Malaysia dengan memberikan fokus kepada sekumpulan pelajar institusi pengajian tinggi awam iaitu UUM. Responden terdiri daripada berbilang bangsa dan mewakili dua kumpulan iaitu mereka yang pernah mengikuti sebarangprogram pembinaan sahsiah (character building) yang dianjurkan oleh pihak kerajaan antaranya Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Kursus Ketatanegaraan dan yang tidak mengikuti program tersebut. Data dikumpulkan melalui pengedaran soal selidik tadbir sendiri.Dapatan kajian menunjukkan tahap pemahaman terhadap konsep 1Malaysia dalam kalangan pelajar adalah tinggi. Dapatan kajian juga mendapati wujud perbezaan yang signifikan berhubung pemahaman para pelajar yang pernah mengikuti program 1Malaysia dengan yang tidak pernah mengikutinya. Walau bagaimanapun, tahap penerimaan konsep 1Malaysia dalam kalangan pelajar menunjukkan tahap yang rendah berbanding tahap pemahamannya. Kertas ini turut membincangkan tentang cabaran-cabaran dalam merealisasikan konsep 1Malaysia yang merupakan sebahagian daripada pengalaman Malaysia dalam proses pembentukan negara bangsa negara ini.

Kata kunci: 1Malaysia,negara-bangsa, glokal, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), generasi muda.

Download Link
GoogleDrive : http://adf.ly/ZpGmp
4shared : http://adf.ly/ZpGqy

0 comments:

Post a Comment